Laman Utama
Untitled Document
ID PENGGUNA

KATA LALUAN



Mengenai Kami
Perkhidmatan
Online Resources
Peraturan
Carta Organisasi
Manual Pengguna
Pautan
Hubungi
 
 

Mengenai Kami

Pengenalan

Perpustakaan PTSB mula beroperasi pada Mac 2003 .Terletak di Blok “B” iaitu diantara bangunan pentadbiran dan ULPL.

Perpustakaan merupakan pusat maklumat yang sangat penting di mana-mana tempat terutamanya di institusi-institusi pengajian. Perpustakaan berfungsi sebagai Pusat Carian Maklumat yang membantu penggunanya dalam proses penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran.

Terdapat beberapa kategori koleksi yang terdapat di Perpustakaan PTSB, Koleksi buku/monograf adalah sebanyak 16 300, majalah, suratkhabar,  journal, laporan tahunan, video, DVD-ROM, CR-ROM dan kaset audio.

Visi

membangunkan koleksi berkualiti  serta memberi  perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan

Misi

sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional.

Falsafah

prasarana berilmu sejajar teknologi terkini

Dasar perpustakaan

perpustakaan politeknik adalah komited untuk menyediakan koleksi yang berkualiti serta perkhidmatan yang efisyen dan berhemah bagi memenuhi kehendak pelanggan sejajar dengan visi, misi dan objektif kementerian pengajian tinggi malaysia.

Objektif perpustakaan

  • mengesan, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyedia dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti dan  terkini dalam semua program anjuran politeknik.
  • memberikan perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat.
  • mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk minat dan membudayakan ilmu.
  • membantu melahirkan tenaga separa profesional yang kreatif dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.