Laman Utama
Untitled Document
ID PENGGUNA

KATA LALUAN



Mengenai Kami
Perkhidmatan
Online Resources
Peraturan
Carta Organisasi
Manual Pengguna
Pautan
Hubungi
 
 

Peraturan

  1. Pengguna Perpustakaan mestilah sentiasa mempamerkan  tanda pengenalan diri (kad matrik/kad staff/kad pelawat/kad perpustakaan) semasa berada di dalam Perpustakaan.
  2. Tidak dibenarkan membawa masuk :-
    1. Buku-Buku Peribadi
      *Jika Perlu dibawa masuk sila dapatkan  kebenaran petugas di kaunter.
    2. Payung /Jaket/Beg
    3. Topi Keledar
    4. Pisau/Gunting
    5. Walkman/Kamera/Kamera Video

**Sila letakkan barang –barang peribadi di tempat yang disediakan
Barang-barang yang disimpan  adalah di bawah tanggungjawab sendiri,segala tuntutan tidak akan dilayan.Sentiasa diingatkan  jangan simpan barang berharga .

  1. Pengguna Perpustakaan mestilah sentiasa berpakaian kemas ketika berada di Perpustakan . Dilarang memakai:-
    1. Selipar
    2. Baju “T” tanpa kolar
    3. Skirt Pendek Bawah Paras Lutut
    4. Seluar Trek
    5. Seluar Pendek
  1. Sila jaga tatatertib dan disiplin  anda semasa berada di dalam  Perpustakaan.

Dilarang:-

    1. Membuat Bising
    2. Membuang sampah merata - rata
    3. Berdua-dua di tempat sunyi
    4. Merokok
    5. Mengambil gambar tanpa kebenaran (still atau video)
    6. Mencuri bahan(buku,majalah dll)
    7. Mengubah kedudukan perabut(kerusi/meja)/menyoteng
    8. Mengoyak/Menyonteng  bahan bacaan
  1. Sila matikan nada dering telefon bimbit anda dan kepada mode vibrate ketika berada di dalam Perpustakaan supaya tidak menggangu pelajar lain.
  1. Dilarang membawa keluar bahan dari Perpustakaan tanpa proses pinjaman.Segala pengeluaran bahan yang tidak sah (curi) akan diambil tindakan sewajarnya.
  1. Dilarang meminda/mengubah kedudukan surat khabar dan majalah . Sila baca di tempat yang disediakan .
  1. Jumlah minima penggunaan bilik perbincangan adalah 3 orang dan tidak dibenarkan menggunakan bilik perbincangan  jumlah yang kurang daripada itu.
  1. Sila matikan suis tandas serta penghawa dingin bilik perbincangan  selepas  menggunakannya.
  1. Pengumuman akan dibuat 10 minit sebelum Perpustakaan ditutup
  1. Sila letakkan buku yang telah dibaca pada troli yang disediakan.
  1. Setiap pelajar yang melanggar peraturan yang ditetapkan akan dikenakan tindakan samada di senarai hitamkan/dikenakan saman bagi setiap kesalahan yang dilakukan.